Hukum
Hukum: Harus
Penjelasan
Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.
“Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.
Sumber
- http://mindaislamiah.blogspot.com/2011/07/haramkah-menyambut-ulang-tahun-hari.html?m=1