Hukum
Hukum: Haram
Penjelasan
Pada asasnya umat Islam adalah ditegah untuk menyertai apa-apa perayaan agama lain. Para ulama telah bersepakat bahawa hukum menyertai perayaan agama lain, sama ada dengan ucapan atau tindakan pada pakaian, makanan atau minuman yang dikhususkan pada hari perayaan tersebut adalah haram jika bertujuan untuk mengagungkan hari perayaan mereka, bahkan majoriti ulama berpendapat bahawa seorang muslim yang mengagungkan syiar-syiar agama lain boleh jatuh ke lembah kekufuran. Manakala individu muslim yang tidak berniat untuk mengagungkannya adalah berdosa, namun tidak sampai ke tahap kufur.
- Haram dan berdosa, namun tidak kufur sekiranya tidak berniat untuk mengagungkan perayaan tersebut.
- Haram dan jatuh syirik sekiranya seseorang itu berniat untuk mengagungkan perayaan tersebut.
Sumber
- https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/5287-bayan-linnas-siri-ke-254-hukum-orang-islam-menyertai-perayaan-bon-odori
- https://web.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan/posts/pfbid0L8CzN2EJVs3yvX6S6nfhra4rxyz269XJ6W5RTmtc81mFsnPGGKQJCijvbAU7PnoLl
- https://youtu.be/ls0pzczTXGg