Menu Close

Hukum menukar jantina menurut Islam

Hukum

Hukum: Haram(Taghyir) dan Harus(Takmil)

Penjelasan

  • Hukum Taghyir – mengubah status kelamin, daripada lelaki ke perempuan atau sebaliknya. Islam mengharamkannya dengan alasan:

Firman Allah Taala: Ertinya: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujarat, 13)

  • Hukum Takmil Islam mengharuskannya. Alasannya ialah:

Untuk menarik kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan. Maslahat bagaimana? Dan mudarat yang bagaimana? Mudarat yang diperolehi ialah, kewujudan kaum pondan (dilahirkan dengan dua kelamin) boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sosial. Antaranya ialah gejala homoseks yang boleh mengakibatkan tersebarnya kuman HIV. Teknologi perubatan pada hari ini mampu mengatasi masalah pondan ini dengan melakukan pembedahan menyempurnakan alat kelamin mereka. Dan Islam memandangnya sebagai baik dan bagus, kerana maslahat yang dicapai hasil daripada pembedahan itu nanti lebih besar daripada kemudaratannya.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *