Hukum
Hukum: Haram
Penjelasan
Hukum melakukan perubahan pada tubuh badan melalui pembedahan kerana tujuan kecantikkan seperti memancungkan hidung dan menipiskan bibir dan membesarkan punggung dan mengecilkan pinggang dan membesarkan buah dada dan membesarkan pipi dan seumpamanya adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili:
Artinya : “Dan haram juga melakukan perbuatan mencantikkan perempuan yang dikehendaki dengannya mengecilkan bahagian badan yang besar. Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya :
Adalah Nabi saw melaknat perempuan yang mengubah muka dan yang diubah mukanya dan yang membuat tattoo dan yang ditatoo dan yang menyambung rambut dan yang disambungkannya.
Sumber
- https://limaminit.com/halalkah-melakukan-pembedahan-hidung-untuk-menjadikan-hidungnya-mancung/amp/