Menu Close

Hukum melakukan korban

Hukum

Hukum: sunat muakkad, Makruh atau Wajib mengikut keadaan.

Penjelasan

Hukum asal ibadat korban itu adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun, jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah ia satu dosa.

Di sana ada pandangan lain iaitu wajib dilakukan ibadat korban bagi sesiapa yang mampu. Antara mereka yang menyokong pandangan ini ialah Ibnu Taimiyah. Katanya dalam kitab Majmu’ al-Fatwa (23/162-164):

“Tidak wajib menyembelih korban, melainkan hanya bagi mereka yang mampu. “

Ini juga pandangan yang dinukilkan oleh Syeikh Ali Hasan al-Halabi dalam buku Meneladani Rasulullah Dalam BerHari Raya (h. 86).

  • Sunat Muakkad bagi yang mampu.
  • Makruh bagi orang yang mampu tidak melakukan korban.
  • Wajib (pandangan lain) bagi yang mampu.

Namun, pendapat yang lebih kuat dan tepat hukumnya adalah sunat muakkad bagi setiap orang Islam yang mampu melakukannya.

Sumber

  • http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/perkhidmatan/unit-fatwa/kalam-mufti/266-hukum-melakukan-korban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *