Menu Close

Hukum makan dan minum sambil berdiri

Hukum

Hukum: Haram, makruh dan harus mengikut keadaan

Penjelasan

  1. Haram: Ibn Hazm dan para ulama mazhab Zahiri yang lain berpandangan makan dan minum sambil berdiri adalah haram.
  2. Makruh: Jumhur ulama pula berpandangan hukumnya makruh tanzihi yang tidak sampai ke tahap haram.
  3. Harus: Syeikh Zakariyya al-Ansari menegaskan bahawa makan dan minum sambil berdiri tanpa sebarang keperluan tidaklah makruh, cuma ia menyanggahi adab yang lebih utama iaitu duduk.

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

Maksudnya: Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri.

Sahih Muslim (2027)

Sumber

  • https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2797-al-kafi-914-hukum-makan-dan-minum-sambil-berdiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *