Hukum
Hukum: Haram, makruh dan wajib mengikut keadaan
Penjelasan
Haram: Sekiranya kita berhutang untuk tujuan buat hal-hal yang haram.
Makruh: Bila kita berhutang untuk hal-hal yang bukan keperluan dan tidak berfaedah. Selain itu pula, kita tidak yakin yang kita boleh bayar balik hutang itu.
Wajib: Sekiranya memang berhutang sahajalah satu-satunya pilihan untuk memenuhi keperluan asas.
Dalam satu hadis riwayat at-Tabrani, Rasulullah tidak menyelesaikan solat jenazah bagi seseorang yang tidak melangsaikan hutangnya. Orang itu rohnya tidak diangkat ke langit. Bila ditanya berkenaan hal itu, Rasulullah menjawab, “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.”