Hukum
Hukum: Wajib untuk menggantikannya atau qada
Penjelasan
Apabila seseorang itu tertinggal solat kerana tertidur atau terlupa, wajib untuk mereka menggantikannya iaitu qada dengan kadar yang segera.
Walaupun boleh digantikan, namun ia bukanlah alasan untuk kita sewenang-wenangnya meninggalkan solat.
Ketahuilah bahawa solat-solat fardu hanya boleh mengangkat dosa-dosa yang kecil sepertimana disebutkan dalam sebuah hadis.
Rasulullah SAW bersabda: “Solat lima waktu, dari (solat) Jumaat ke (solat) Jumaat yang lain dan dari (puasa) Ramadan ke (puasa) Ramadan yang lain adalah penghapus dosa-dosa kecil di antara waktu-waktu tersebut selama tidak melakukan dosa besar.” (Riwayat Muslim)
Sumber
- https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/dosa-tidak-akan-terhapus-walaupun-telah-qada-solat-yang-ditinggalkan/amp/