HARAM
PENJELASAN
hair patching ini adalah pemakaian rambut palsu yang ditampal di atas kulit kepala sama ada secara kekal atau boleh ditanggalkan. Pastinya jika ianya masih terletak di atas kepala, ia akan menghalang aliran air dari mengenai kulit kepala ketika mandi hadas mahupun berwuduk, yang menyebabkan kedua-duanya menjadi tidak sah.
Daripada Asma’ binti Abi Bakr RA, bahawa seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW lalu mengadu kepadanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru menikah. Dia telah terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan rambutnya keguguran. Bolehkah saya menyambung rambutnya (dengan rambut palsu)? Lalu Baginda SAW bersabda:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ
Maksudnya: “Allah melaknat al-washilah (orang yang menyambung rambut) dan al-mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya).” (Riwayat Muslim)